Skip to main content
Berita

Satelit Remote Sensing Pantau Aktiviti Penerokaan Tanah Cameron Highlands

6 Mac 2023, Pahang – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) bertempat di Hotel Zenith Cameron Highlands, Pahang.
MoU ini merupakan kesinambungan kepada kerjasama strategik antara MYSA dengan PDTCH yang telah dimulakan sejak tahun 2011. Kerjasama strategik ini menumpukan kepada penggunaan teknologi angkasa khususnya imej satelit remote sensing bagi tujuan perancangan, pemantauan aktiviti dan mitigasi pembangunan tanah di kawasan Cameron Highlands. Majlis menandatangi MoU telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Bin Syed Abdul Rahman, Pegawai Daerah PDTCH yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif PKCH.
Keupayaan satelit merakam aktiviti permukaan bumi secara kerap, berulang, liputan yang luas, dan menghasilkan imej digital beresolusi tinggi atau memfokus ketepatan sehingga 50cm, telah membolehkan pengesanan sebarang perubahan tanah di Cameron Highlands dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan. Kesemua maklumat yang diperolehi melalui satelit inikemudiannya dirangkumkan ke dalam satu sistem khusus yang beroperasi secara dalam talian yang dikenali sebagai Sistem iPantau Cameron Highlands.
Sistem yang dibangun dan dioperasikan melalui kerjasama strategik ini juga dimanfaatkan khasnya dalam operasi bersepadu Ops Gading dan Ops Lestari pada tahun 2014 hingga 2016 lalu, bagi menangani dan membanteras aktiviti pembukaan tanah secara haram di Cameron Highlands. Melalui MoU yang dimeterai, sistem ini akan diperkasakan lagi melalui penambahan modul-modul pemantauan baharu serta akan diperluas penggunaannya bagi kegunaan pihak-pihak berkuasa lain di Daerah Cameron Highlands.
Pada masa sama, penggunaan teknologi remote sensing angkasa dan Sistem iPantau Cameron Highlands sedia-ada akan terus dioperasikan bagi meningkatan aspek pengurusan tanah seperti pengukuran semula sempadan Lesen Pendudukan Sementara (LPS), pengemaskinian data-data LPS sedia-ada, dan aspek pemantauan lain yang dilaksanakan oleh pihak PDTCH dan PKCH secara berterusan dari masa ke semasa.
Turut berkenan berangkat dan menyaksikan upacara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI dan wakil-wakil agensi lain yang berkaitan.
329731089 495858522564680 2659578821692760108 n   329384090 6473283366038260 1356245735028220674 n
330339767 1562294084234745 2059597605481272189 n   328953788 1876381082744012 8347534150968412715 n
Skip to content