Skip to main content
Berita

Satu sesi perbincangan di antara YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi

2 April 2024, Putrajaya – Satu sesi perbincangan di antara YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi telah diadakan pada petang 2 April 2024 bagi membincangkan usaha kolaborasi dalam mengatasi isu penuaian sawit di Malaysia. Ia turut dihadiri pengurusan atasan kedua-dua Kementerian dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Antara kandungan perbincangan adalah mengenai cadangan konsep pembangunan teknologi yang melibatkan kedua-dua kementerian dalam memastikan penerimagunaan teknologi sebagai penyelesaian kepada isu penuaian kelapa sawit. Dalam konteks ini, fokus utama diberikan kepada penyelesaian penuaian kelapa sawit bagi pokok sawit yang melebihi ketinggian 15 kaki atau lebih.
Antara isu yang dibangkitkan adalah cabaran bentuk muka bumi, isu dan cabaran dalam memastikan hasil tuaian kelapa sawit menghasilkan kualiti minyak yang tinggi menepati capaian standard antarabangsa dengan pengoperasian efektif dan efisyen dengan kos optima.
Kolaborasi bersama merentasi Kementerian ini merupakan langkah proaktif ‘whole of government approach’ terutama dalam menggiatkan inisiatif penggunaan teknologi sebagai cadangan penyelesaian kepada isu-isu yang memberikan impak kepada negara.
Diharapkan usaha ini akan meningkatkan kecekapan pembangunan teknologi dan daya saing industri sawit Malaysia.
Skip to content