3 Julai 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), bersama YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah mengadakan sesi perbincangan bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perbincangan ini bertujuan menyelaras tindakan susulan terhadap penemuan audit yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bil. 1/2026 di samping memperkukuh tadbir urus serta memastikan pelaksanaan projek yang berkepentingan nasional dilaksanakan secara lebih telus dan berakauntabiliti.




