28 April 2021, Putrajaya – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Bilangan yang telah mendaftar untuk vaksinasi: 9,332,413 iaitu 38.5% daripada populasi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
28 April 2021, Putrajaya – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Bilangan yang telah mendaftar untuk vaksinasi: 9,332,413 iaitu 38.5% daripada populasi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun…
27 April 2021, Perlis – YB Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan 2020 Kangar bagi meninjau pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2…
YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melengkapkan penerimaan vaksin COVID-19 apabila menerima suntikan dos kedua Vaksin Sinovac di Dewan Seri Seroja, Presint…
Hari ini berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi membincangkan Pelan Hala Tuju Program Imunisasi COVID-19 Sarawak….
YB Khairy Jamaluddin, menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama petugas-petugas barisan hadapan menerima dos kedua vaksin Sinovac pada hari ini di Hospital Rembau,…
path: downloads