Buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari (Green Vaccination Program) telah dilancarkan pada hari ini oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
Buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari (Green Vaccination Program) telah dilancarkan pada hari ini oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB…
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Sultanah Aminah Johor…
Lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Masyarakat Penyayang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang akan mula beroperasi untuk fasa 2, Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan….
Inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) bertujuan membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima di lancarkan hari ini oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi…
path: downloads