8 Julai 2021, Kuala Lumpur – YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Movenpick Hotel & Convention…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
8 Julai 2021, Kuala Lumpur – YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Movenpick Hotel & Convention…
6 Julai 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi sektor penerbangan yang bertempat di Anjung Tinjau, Terminal 1, KLIA telah mula beroperasi sejak 5 Julai 2021. Sebanyak…
5 Julai 2021, Selangor – Satu juta dos vaksin jenis Pfizer tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi. Vaksin sumbangan Amerika Syarikat…
1 Julai 2021, Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia hari ini menerima sejuta dos bekalan vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun untuk membantu negara memerangi pandemik COVID-19 dan memperhebatkan lagi…
30 Jun 2021, Melaka – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk…
30 Jun 2021, Kuala Lumpur – Industri pembinaan dianggar memerlukan dua juta dos vaksin bagi memastikan semua pekerja dalam sektor itu mendapat imunisasi terhadap COVID-19, sekali gus dapat kembali menyumbang…
path: downloads