27 Jun 20121, Kuala Lumpur – Sejumlah ibu mengandung menerima vaksin COVID-19 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) hari ini. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
27 Jun 20121, Kuala Lumpur – Sejumlah ibu mengandung menerima vaksin COVID-19 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) hari ini. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19…
Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin hari ini mengadakan Sesi Lawatan Tapak ke PPV Sektor Pengangkutan…
23 Jun 2021, Negeri Sembilan – YB Khairy Jamaluddin, Pegawai-Pegawai MOSTI dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan bagi menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan…
21 Jun 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) memulakan operasi hari ini dengan bilangan janji temu pada hari pertama melibatkan seramai 3,000 orang…
21 Jun 2021, Putrajaya – Sidang Media Mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) STATUS PICK ▶️ Bilangan yang telah mendaftar – 15,426,982 ▶️ Bilangan yang telah menerima dos pertama –…
16 Jun 2021, Selangor – Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 dilancarkan di Selangor hari ini oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi oleh Menteri Kanan dan…
path: downloads