Skip to main content

Berdasarkan laporan S&T Human Capital Study: A Strategic Planning Towards 2020 yang diterbitkan oleh Akademi Sains Malaysia, negara kita memerlukan satu (1) juta pekerja yang mempunyai kelayakan dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) menjelang 2020. Kajian itu juga menunjukkan bahawa menjelang tahun 2050, 60% pekerjaan pada masa kini tidak akan wujud lagi pada masa hadapan. Daripada jumlah tersebut, seramai 500,000 graduan berkelayakan diploma atau ijazah diperlukan manakala bakinya perlu diisi oleh 500,000 pekerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional.

Senario sedemikian menunjukkan betapa pentingnya usaha drastik diambil untuk memupuk pembangunan modal insan by design and not by chance. Persediaan rapi perlu dibuat dari sekarang agar generasi pada masa akan datang tidak menyalahkan generasi hari ini yang tidak menyediakan platform yang betul kepada mereka. Usaha mencipta kecemerlangan negara, harus bermula dengan membangunkan bakat berasaskan budaya atau semangat ingin tahu di semua peringkat pendidikan. Melalui cara ini, kita dapat membangunkan bakat yang tangkas, pantas, lincah (agile) dan responsif seterusnya berkeupayaan sebagai pekerja berpengetahuan tinggi (knowledge worker) yang berinovatif.

Antara cabaran yang perlu didepani dalam usaha meningkatkan penyertaan pelajar-pelajar dalam STEM ialah kurangnya minat pelajar untuk memilih bidang sains. Ini ekoran pelajar-pelajar tidak merasai keseronokan dalam proses pembelajaran S&T di sekolah. Dalam hal ini, wajar peranan guru diberikan perhatian dalam menggilap minat murid ke arah pembelajaran STI dengan memberikan penekanan terhadap teknik-teknik baru pengajaran STEM. Persepsi yang positif juga perlu disemai secara berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa agar mereka dapat memberikan dorongan yang betul dalam menanam minat anak-anak terhadap S&T. Pandangan ini telah disuarakan dalam dua mesyuarat utama yang berkaitan STI iaitu Majlis Inovasi Negara (21 Februari 2017) dan mesyuarat bersama Exco STI Negeri (13 April 2017). Kedua-dua mesyuarat ini menekankan kepentingan untuk mewujudkan satu ekosistem inovasi yang mampan bagi menggalakkan lebih ramai inventor menggunakan STI untuk menyelesaikan masalah serta memacu pembangunan negara.

Bagi merealisasikan hasrat ini, adalah penting untuk satu anjakan paradigma di kalangan rakyat Malaysia beralih daripada sebuah masyarakat konsumer yang menerima dan mengguna pakai metodologi sedia ada kepada sebuah masyarakat inovatif yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki, mencari jalan penyelesaian dan menjadikan proses sedia ada lebih efisien. Persoalannya sekarang bagaimanakah kita boleh melahirkan inventor yang mampu bersaing diperingkat global?Salah satu penyelesaiannya adalah kita perlu membangunkan Budaya Inkuiri (semangat ingin tahu) atau Building a culture of Inquiry di semua peringkat pendidikan negara khususnya untuk pendidikan STEM.

Akademi Sains Malaysia telah membangunkan satu program yang dipanggil Pendidikan Sains Berasaskan Amalan Inkuiri (IBSE). Projek rintis IBSE telah dilaksanakan di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Langat, Selangor dan juga Tuaran Sabah. Hasil dari latihan ini, Guru-guru menjadi lebih kreatif dan berkeyakinan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya untuk subjek STEM tanpa perlu mengubah silibus serta buku teks yang sedia ada.

Kebiasaannya, pendidikan STEM di negara kita tertumpu kepada buku teks, berorientasikan peperiksaan dan pendekatannya bersifat teori. Akibatnya, sifat ingin tahu dan kreativiti murid terbantut menyebabkan mereka berasa bosan dan menjadi pasif dalam kelas. Menerusi pendekatan IBSE, pembelajaran tertumpu kepada murid dan peranan guru sebagai pengajar diubah menjadi fasilitator. Guru bertindak sebagai penggalak kepada murid untuk meneroka subjek STEM dengan minda inkuiri dan kreatif. Kajian rintis IBSE telah menunjukkan impak positif bukan sahaja kepada guru malah kepada minat dan pencapaian murid dalam subjek STEM.

Kedua, guru STEM akan memperoleh akses kepada sumber rujukan pendidikan STEM. Menerusi akses sebegini, guru STEM berupaya menjadi lebih kreatif dan inovatif dengan bahan pengajaran, aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Jaringan antarabangsa juga membolehkan guru STEM memperoleh akses kepada sumber rujukan di UK National STEM Centre. Tambahan pula, mereka juga akan didedahkan dengan perkembangan semasa STI sebagai contoh Revolusi Industri Keempat.

Ketiga, guru STEM akan mempunyai platform perkongsian idea sesama guru STEM tempatan (peer to peer support), dengan Institusi Pendidikan Tinggi tempatan dan pusat kecemerlangan STEM luar negara. Melalui platform ini juga, guru dapat meningkatkan peluang perkongsian maklumat dan pengetahuan, meningkatkan kepakaran dan bertukar pandangan.

Sebagai langkah awal, MOSTI dengan kerjasama strategik antara KPM dan KPT telah menyediakan satu PelanTindakan STEM Nasional 2017-2025. Hasrat utama pelan ini dibangunkan adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang mengikuti aliran STEM Pelan ini akan menggariskan secara terperinci status, strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi memperkasakan keseluruhan ekosistem pendidikan negara serta kesiapsiagaan Malaysia dalam mengharungi IR 4.0 dan meningkatkan daya saing negara.



2. hazami ASM 811x1024 1“Pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini yang mengumumkan peruntukan membina Pusat Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan satu langkah baik dari kerajaan untuk membentuk bakat dalam bidang STEM pada masa hadapan. Bakat dalam bidang ini amat penting untuk penyediaan negara terhadap perubahan trend akan datang, terutama sekali untuk bersedia ke arah Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) dan mendokong aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)”

Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Sains Malaysia.

Skip to content