Skip to main content

Ekonomi digital yang terdapat yang berkembang hari ini akan membabitkan satu lagi isu iaitu yang berkaitan dengan keselamatan digital.  Ekonomi digital yang terdapat yang berkembang hari ini akan membabitkan satu lagi isu iaitu yang berkaitan dengan keselamatan digital. Umumnya, pada setiap tahun perbelanjaan bidang keselamatan siber telah menunjukkan peningkatan secara berterusan di seluruh dunia. Pasaran keselamatan siber dunia dianggarkan berkembang dari $95 bilion pada tahun 2014 kepada $155.74 bilion menjelang 2019. Dalam senario semasa, analisa data raya, Internet of Things (IoT), pertahanan siber dan perisikan siber terus menjadi penyumbang terbesar kepada penyelesaian keselamatan siber. Oleh demikian, perancangan belanjawan Malaysia yang dibentangkan baru-baru ini amat bertepatan dengan landskap digital semasa, di mana ia mencerminkan keazaman Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara digital dan bidang keselamatan siber sebagai salah satu pemacu bagi melindungi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Dengan pelbagai peruntukkan kewangan yang dilaburkan di dalam pelbagai projek digital, kita juga akan turut menghadapi persekitaran ancaman siber yang lebih kompleks dan mencabar. Dengan kata lain, negara harus berupaya melindungi aset digital terutamanya di dalam Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) dari pelbagai jenis ancaman siber dan dalam masa yang sama memastikan perkhidmatan digital dapat disalurkan dengan cekap serta mapan kepada rakyat. Keselamatan siber seharusnya dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dan ekonomi.

Perbelanjaan keselamatan siber juga harus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan (local talent) dan kemahiran dalaman bagi memastikan keselamatan siber Malaysia dapat meneruskan kelangsungannya di dalam dunia digital yang berdaya saing pada hari ini. Modal insan yang meliputi kesedaran awam kekal utama bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai program digital di semua peringkat masyarakat di Malaysia.


“Perubahan teknologi digital yang pantas telah membuka peluang baharu untuk serangan siber yang lebih sofistikated dilancarkan. Sejak kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pelbagai bentuk insiden keselamatan siber di Malaysia antaranya hacktivisme, pencacatan laman sesawang, pengintipan siber, pencerobohan terhadap sistem rangkaian, penyebaran perisian jahat (malware) dan juga serangan siber berskala besar bermotifkan latar politik dan juga ekonomi. Jumlah insiden keselamatan siber yang dilaporkan oleh pengguna Internet kepada Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia semenjak Januari 2017 sehingga 31 Oktober 2017 telah mencatatkan sebanyak 7,077 insiden. Pelbagai serangan siber yang dilakukan di peringkat organisasi dan negeri, di mana ia menjadi lebih mencabar kerana serangan tersebut lebih canggih dan lebih kompleks dari segi teknikal. Sebagai persediaan menghadapi cabaran ini, perbelanjaan keselamatan siber harus diberikan tumpuan dan keutamaan kepada penggunaan pendekatan keselamatan yang berinovatif dan adaptif.”

YBhg. Dato’ Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif, CyberSecurity Malaysia