Skip to main content
FokusFokus Disember 2017 (Edisi Khas MCY)

Kualiti Berstatus Global

By 2018-01-15Jun 24th, 2020No Comments

Standard e1515989609249Cabaran yang dihadapi dalam Revolusi Industri 4.0 juga boleh dilihat daripada perspektif ketersediaan infrastruktur kualiti seperti standard, akreditasi, penilaian pematuhan dan metrologi yang merupakan antara fungsi utama MOSTI. Standard perlu diwujudkan bagi membolehkan interakasi, kebolehtukaran  (interchangeability) dan keserasian (compatibility) sistem cyber-physical. 

Program-program akreditasi (termasuk penilaian pematuhan) baru mengikut kehendak sistem cyberphysical, perlu diperkenalkan bagi menyokong pematuhan standard agar kualiti yang dihasilkan berstatus global. Ini termasuk kemudahan makmal pengujian, pensijilan (sistem, personel dll) serta keupayaan pengukuran dan tentukuran di Malaysia (calibration and measurement capability).


5. DFadilah standard“Infrastruktur bagi mempastikan kualiti juga adalah kritikal seperti yang diiktiraf dalam National Transformation Program (NTP) bagi menyokong penguatkuasaan peraturan teknikal yang merentasi (crosscutting) ke semua bidang kuasa Kementerian dan agensi Kerajaan. Justeru, penubuhan satu majlis yang dinamakan Majlis Kualiti Kebangsaan (NQC) adalah dicadangkan bagi menggubal, menyelaras dan memantau perlaksanaan dasar-dasar berkaitan”

Datuk Fadilah Baharin
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia

Skip to content