Skip to main content
FokusFokus Disember 2017 (Edisi Khas MCY)

Pengukuhan Pasaran Kewangan dan Meningkatkan Kapasiti PKS

By 2018-01-15Jun 24th, 2020No Comments

Penerimaan kepada sesuatu sistem yang berinovatif dalam sektor kewangan adalah penting dalam memastikan kecekapan dan penggunaan dana yang produktif. Sehubungan dengan ini, penyediaan sand box teknologi untuk pelbagai idea Fintech yang di umumkan dalam Bajet 2018 boleh mewujudkan inovasi yang lebih besar melalui penyediaan kemudahan bagi perniagaan berasaskan teknologi. Usaha ini akan menyediakan platform bagi perniagaan berasaskan teknologi untuk mengkomersilkan pembentukan idea fintech serta meningkatkan potensi kejayaan untuk menguasai pasaran tertentu.

Bajet 2018 menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion di bawah SJPP (Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan) untuk pembiayaan kolateral harta intelek. Ini membuka ruang yang seluasnya bagi syarikat pemulaan (“start-ups”) untuk mendapat akses kepada pembiayaan kepada idea mereka. Manakala peruntukan sebanyak RM1.0 bilion dana modal teroka/peringkat awal yang disediakan oleh pelabur-pelabur institusi utama akan meluaskan lagi sumber pembiayaan bagi Syarikat Teknologi yang telah melepasi tahap permulaan. Melalui Green Technology Financing Scheme 2.0 di mana Kerajaan telah memperuntukkan RM5.0 bilion dari tahun 2018 sehingga 2022, ia akan merancakkan lagi pertumbuhan projek-projek hijau di negara kita.

Melalui ketiga-tiga inisiatif belanjawan yang diumumkan ini transformasi MDV merealisasi kan visi sebagai pembiaya teknologi tersohor di dalam negara dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan syarikat teknologi yang berinovatif untuk mendokong aspirasi TN50.

Peralihan kecekapan dan sistem kewangan inklusif untuk PKS dan usahawan adalah salah satu unsur utama kerajaan untuk memastikan ekonomi negara yang dinamik dan makmur. Oleh itu, peranan MDV mempunyai perkaitan yang rapat dengan gelombang inovasi baru iaitu Revolusi Perindustrian Keempat, Ekonomi Digital dan Teknologi Kewangan (FINTECH). Aspirasi Bajet 2018 untuk mengukuhkan pasaran kewangan dan  meningkatkan kapasiti PKS secara langsung memperlihatkan pengukuhan peranan MDV dalam merangsang ekosistem pembiayaan teknologi dan syarikat berinovasi dari peringkat awal.

MDV akan terus berada di barisan hadapan dalam menyediakan pembiayaan untuk syarikat teknologi dan merangsang pengkomersialan inovasi. Transformasi MDV sebagai perusahaan digital terangkum dalam pelan strategik bagi memastikan pertumbuhan syarikat-syarikat inovatif serta merealisasikan aspirasi TN50. Inisiatif Bajet 2018 bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pusat kewangan yang komprehensif dan berdaya saing di mana MDV akan memainkan peranan penting antaranya peruntukan yang telah di cadangkan melalui RM1.5 bilion di bawah SJPP, menggunakan harta intelek sebagai instrumen cagaran kewangan serta dana modal teroka berjumlah RM1.0 bilion yang disediakan oleh pelabur institusi utama. MDV juga akan terus memainkan peranan penting dalam sektor tenaga diperbaharui menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 2.0 yang mana kerajaan telah memperuntukkan RM5.0 bilion dari tahun 2018 hingga 2022.

Malaysian Technology Development Corporation menyokong inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan dalam Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri sebagai asas untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah sebuah negara maju.

Peruntukan RM245 juta untuk aktiviti Smart Manufacturing dan RM100 juta bagi pendigitalan keusahawanan berasaskan pertanian dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan kedua-dua sektor tersebut.

Penerapan sistem automasi dan robotik dalam sektor pengilangan telah banyak menyumbang ke arah peningkatan produktiviti, menurunkan kos pengeluaran, mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, seterusnya menjurus sektor tersebut ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif. Sistem automasi dan robotik akan memacu industri pengeluaran serta industri-industri primer dan sekunder yang lain untuk
menjana kekayaan kepada rakyat and juga meningkatkan ekonomi negara.

Selain daripada itu, peruntukan RM4.9 bilion, iaitu peningkatan 7% dari tahun 2017, bagi memperkasakan Program Technical, Vocational Education and Training (TVET) membuktikan kerajaan Malaysia cukup serius untuk menjadikan TVET sebagai salah satu pemacu utama merealisasikan agenda TN50. Peruntukan ini dijangka dapat melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. Ini juga secara tidak langsung dapat memacu
industri berasaskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).


“Inisiatif Bajet 2018 meletakkan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan yang komprehensif dan kompetitif. MDV akan terus menjadi peneraju utama dalam menyediakan pembiayaan alternatif dan inovatif bagi perniagaan berasaskan teknologi dan merangsang pengkomersilan inovasi seperti ini. MDV akan terus menjadi peneraju utama dalam menyediakan pembiayaan bagi perniagaan berasaskan teknologi dan merangsang pengkomersilan inovasi seperti ini. Transformasi MDV sebagai satu perusahaan digital dalam pelan strategik kami adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat yang berinovatif serta mendokong aspirasi TN50.”

Y.Bhg Datuk Md Zubir Ansori Yahaya
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MDV


 

“Bajet 2018 juga telah memperlihatkan peningkatan dalam peruntukan untuk aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan yang akan memanfaatkan universiti awam dan institusi penyelidikan tempatan. Peruntukan khas juga telah diberikan kepada beberapa universiti dan institut penyelidikan untuk menggiatkan aktiviti penyelidikan & pembangunan yang strategik kepada ekonomi negara. Insentif yg telah diumumkan kepada pelabur Venture Capital juga disambut baik untuk menggiatkan lagi pelaburan berisiko kepada syarikat-syarikat SME di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan.”

Dato’ Norhalim Yunus 
Ketua Pegawai Eksekutif, MTDC

Skip to content