Skip to main content
FokusFokus Disember 2017 (Edisi Khas MCY)

Perkilangan Pintar (Smart Manufacturing)

By 2018-01-15Jun 24th, 2020No Comments

 

Perkilangan Pintar di bawah IR 4.0 boleh didefinisikan sebagai pendigitalan lengkap dan integrasi nilai rantaian perindustrian. Perkilangan Pintar mensasarkan produktiviti yang lebih tinggi, pengeluaran yang lebih fleksibel, agihan keuntungan yang lebih adil, merentasi rantaian nilai, penggunaan modal yang lebih efisien dan lestari serta meminimumkan jejak ekologi. Perkilangan Pintar berkemampuan untuk mempercepatkan penghijrahan Malaysia ke arah Model Ekonomi Baru.

Ini menjadi lebih penting memandangkan fenomena IR 4.0 mengubah fungsi kerja sedia ada dan kebanyakan fungsi ini akan diambil alih oleh teknologi terutamanya teknologi robotik yang merupakan pemangkin kepada ‘smart manufacturing’.


YAB Najib“Dunia kini di ambang The Fourth Industrial Revolution dan era digital ekonomi, sehingga Kerajaanberusaha melaksanakan Dasar Digital Malaysia. Lantaran itu, sebagai menyokong aktiviti pelaburan dan perniagaan IR 4.0, Kerajaan akan menyediakan geran sepadan sebanyak 245 juta ringgit di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.”

YAB Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Haji Abdul Razak
27 Oktober 2017 – Bajet 2018

Skip to content