Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) (sebelum ini dikenali sebagai Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan) telah ditubuhkan pada Ogos 2011 diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. NNC bertindak sebagai Pusat Rujukan Negara bagi penyelarasan aktiviti pembangunan penyelidikan, teknologi/produk, standard dan regulatori keselamatan berkaitan Nanoteknologi di Malaysia. Peranan ini dilaksanakan dengan merangka, menyelaras, memastikan penerapan, adaptasi dan aplikasi inovasi nanoteknologi ke arah pengkomersialan, serta penyebaran bidang sains nano melalui rangkaian kerjasama nasional dan antarabangsa.

  • Memantau dan menyelaras Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021-2030 serta Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025;
  • Mengemas kini rangka hala tuju termasuk keperluan satu dasar yang menyeluruh;
  • Melaksanakan program-program R&D nanoteknologi melalui rangkaian pusat-pusat kecemerlangan yang diterajui oleh MOSTI merangkumi pengkomersialan, harta intelek dan pembiayaan;
  • Memperkukuhkan infrastruktur fizikal dan tenaga manusia termasuk piawaian (standard) yang berkaitan;
  • Merangka strategi pelaburan dan pengkomersilan; dan
  • Memperluaskan rangkaian kerjasama nasional dan antarabangsa.

fungsi nnc

Mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa

Carta Organisasi NNC