Skip to main content
Berita

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI November 2017 bertemakan ‘Bulan Integriti’

Putrajaya, 29 November 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan November 2017 yang bertemakan ‘Bulan Integriti’ telah berlangsung di Dewan Seri Siantan pada 29 November 2017.

Majlis tersebut juga turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pemandu dan Pelaksana NICE’17. Bersempena dengan Sambutan Bulan Integriti Kebangsaan yang disambut pada 5 November setiap tahun, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyeru seluruh warga MOSTI untuk mengukuhkan dan mempertingkatkan tahap integriti selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN). “Sama-samalah kita membentuk masyarakat bermoral, beretika dan berintegriti. Justeru, ke arah perkhidmatan awam yang berprestasi dan berintegriti tinggi, pihak Kementerian komited meningkatkan kesedaran kepada semua warganya akan kepentingan integriti dan tadbir urus yang baik. Saya berharap agar semua warga Kementerian memberikan sokongan bagi menjayakan agenda integriti negara. “Stand Up For Integrity”, kata beliau dalam ucapannya pada majlis tersebut.

MOSTI telah menandatangani pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh YBhg Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha MOSTI dengan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) pada 29 Mac yang lalu. Sesi IBR adalah simbolik kepada perakuan menjawat awam khususnya kakitangan MOSTI dalam mendukung integriti sepanjang melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

 

Skip to content