Skip to main content
Berita

Majlis Serah Terima Tugas YB. Menteri Dan YB. Timbalan Menteri MOSTI

By 2013-05-20Disember 14th, 2020No Comments

p

 

PUTRAJAYA (20 MEI 2013): Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB. Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Ucapan penghargaan ini dizahirkan dalam Majlis Serah Terima Tugas YB. Menteri dan YB. Timbalan Menteri MOSTI yang turut merakamkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili yang kini ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta mantan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Datuk Fadillah bin Yusof yang kini memegang portfolio sebagai Menteri Kerja Raya.

Majlis yang diadakan di Putrajaya ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Setiausaha dan Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains).

Majlis dihadiri oleh dua ratus orang terdiri daripada pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi dibawah MOSTI.

Skip to content