Skip to main content
Berita

Sambutan World Oceans Day & Coral Triangle Day

By 2013-06-08Disember 14th, 2020No Comments

e

 

Kuala Lumpur (8 Jun 2013) – Direktorat Oseanografi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Aquaria, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Traders Hotel, Kuala Lumpur menganjurkan majlis Sambutan World Oceans Day & Coral Triangle Day tepat jam 9.30 pagi hari ini di Aquaria KLCC. Sambutan berganda tersebut merupakan kemuncak bagi acara World Oceans Week 2013 (WOW’13) anjuran MOSTI dari 3 hingga 11 Jun 2013.

Teks ucapan YBhg. Dato’ Dr. Rosli Mohamed, Ketua Setiausaha MOSTI yang dibaca oleh YBrs. Encik Kamel bin Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan) MOSTI, menekankan kepentingan sains dalam pengurusan lautan. “Penggubalan dasar perlu mengambilkira isu lautan dalam cara yang lebih bersepadu dengan menghubungkan dimensi spatial, alam sekitar dan sosio-ekonomi dalam pengurusan lautan,” katanya. “Dasar ini perlu disokong oleh kajian saintifik dan pemerhatian sistematik bagi menyediakan penilaian kesihatan lautan kepada pembuat keputusan dan masyarakat. Dalam hal ini, kebanyakan negara perlu membangunkan keupayaan saintifik, teknikal dan pengurusan mereka bagi memajukan dasar lautan lestari dan strategi pembasmian kemiskinan, seterusnya memperoleh faedah yang lebih banyak daripada kekayaan sumber lautan.”

Tumpuan utama dalam sambutan ini adalah demonstrasi masakan oleh Chef Selebriti Bobby Chinn yang telah memperkenalkan ikan salmon sebagai ramuan alternatif untuk menggantikan sirip ikan yu di dalam sup. Selaku Duta bagi Sustainable Seafood, Bobby Chinn berada di Malaysia khusus untuk berkongsi kepakarannya dalam mempromosikan makanan laut yang lestari serta menggalakkan pengguna untuk membuat pilihan yang lebih mesra kepada laut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato’ Simon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif, Aquaria KLCC, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Hj Mokhtar, Setiausaha Bahagian, Direktorat Oseanografi Kebangsaan, MOSTI, Datuk Peter Brokenshire Pengurus Besar KLCC, Datin Mina Cheah Kim Choo, Pengarah Urusan, Rampai Niaga Sdn. Bhd dan Cik Nadia Heng, Duta Asian Shark Conservation.

Skip to content