Skip to main content
Berita

Sesi Dialog Y.B. Menteri MOSTI Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Peringkat Zon Sabah

By 2013-08-23Disember 14th, 2020No Comments

q

 

KOTA KINABALU (23 Ogos 2013) –Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini telah mengadakan Sesi Dialog Y.B Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Sabah.

Sesi dialog ini bertujuan untuk menyediakan platform Y.B Datuk Dr. Menteri bertemu dengan bakal pemohon, penerima geran dan koordinator penyelidikan untuk membincangkan isu, masalah dan cadangan untuk menambah baik sistem pengurusan dana sedia ada serta langkah-langkah ke arah pengkomersilan produk yang dibiayai oleh dana R,D&C MOSTI.

Majlis yang disempurnakan oleh Y.B. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha, Kementerian  Sains, Teknologi dan Inovasi, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah  serta jemputan yang terdiri daripada para penyelidik dan pereka cipta daripada Institut Pengajian Tinggi Institusi Penyelidikan, Agensi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kerajaan, syarikat-syarikat SME, kumpulan komuniti dan orang perseorangan di sekitar Kota Kinabalu.

Sebelum sesi dialog bermula, satu sesi taklimat mengenai dana MOSTI telah diadakan. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Seksyen Dana, Bahagian Perancangan, MOSTI, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) serta Malaysian Biotechnology Corporation  (BiotechCorp). Tujuan taklimat tersebut adalah untuk memberi penjelasan kepada semua hadirin tentang dana yang ditawarkan oleh MOSTI serta agensi- agensi di bawahnya.

Pada petangnya pula, satu sesi klinik permohonan dana telah diadakan bagi membantu bakal pemohon untuk mengisi borang dengan tepat dan berkualiti.  Di samping itu, penerima dana MOSTI juga telah mengambil kesempatan dari sesi klinik ini untuk bertemu dengan para pegawai MOSTI serta agensi untuk mengemukakan masalah yang sedang dihadapi dalam melaksanakan projek masing-masing.

Sesi Dialog Y.B Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bersama Penerima dan Pemohon Dana serta Taklimat Dana MOSTI peringkat Zon Sabah ini merupakan sesi pertama yang diadakan daripada 6 sesi yang akan diadakan di seluruh Malaysia mengikut zon.

Skip to content