Terengganu telah berjaya mencapai kadar peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa melebihi 66.8% pada 11 September 2021. Sementara itu, lebih 90.54% daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-surangnya dos satu.
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
Terengganu telah berjaya mencapai kadar peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa melebihi 66.8% pada 11 September 2021. Sementara itu, lebih 90.54% daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-surangnya dos satu.
12.9.2021, Terengganu – YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Terengganu. Pada sebelah pagi, YB Dato’ Sri…
Di Kelantan, sehingga hari ini, peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa adalah melebihi 50%. Sementara itu, lebih 73% daripada populasi dewasa telah menerima sekurangkurangnya satu dos.
11 September 2021, Kelantan – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebentar tadi telah meluangkan masa melawat ke Univesiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Kota Bharu….
11 September 2021, Kelantan – Lawatan kerja Menteri MOSTI ke Kelantan pada sebelah petangnya diteruskan dengan Kunjungan Hormat YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba ke atas YAB Dato’ Haji Ahmad…
path: downloads