19 Ogos 2021, Selangor – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
19 Ogos 2021, Selangor – YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen dan Pameran…
18 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Lawatan kerja YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium…
12 Ogos 2021, Terengganu – YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin hari ini mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam (TTI)…
9 Ogos 2021, Isnin – Hari ini YB Khairy Jamaluddin mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Integrasi (PPVI) Persada PLUS. PPV ini dikendalikan oleh syarikat pengendali lebuh raya PLUS Malaysia…
3 Ogos 2021, Kuala Lumpur – Sebanyak 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan Kerajaan United Kingdom tiba di KLIA kira-kira jam 2.20 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)…
Sejak 26 Julai yang lalu, Operasi Lonjakan Kapasiti telah dilaksanakan di Lembah Klang dengan objektif pemvaksinan segera sekurang-kurang satu dos pertama ke atas sebanyak mungkin populasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang menjadi pusat penularan wabak COVID-19 dalam negara. Selaras dengan matlamat tersebut, sasaran Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) adalah untuk memastikan kesemua 6.1 juta individu yang berdaftar diberikan janji temu menjelang Ogos.
path: downloads