16.6.2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin hari ini meninjau persiapan terakhir menjelang pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu bagi golongan OKU di Sime Darby Plantation Berhad, Ara Damansara…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
16.6.2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin hari ini meninjau persiapan terakhir menjelang pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu bagi golongan OKU di Sime Darby Plantation Berhad, Ara Damansara…
14 Jun 2021, Kuala Lumpur – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) mula dibuka hari ini dengan lebih kurang 5,000 janji temu dijadualkan….
12 Jun 2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa…
9 Jun 2021, Putrajaya – Seramai 100 pengamal media daripada pelbagai agensi di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya menerima vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Seroja secara berperingkat…
8 Jun 2021, Johor – Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PERSADA Johor oleh YB Khairy Jamaluddin bersama YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor bagi meninjau proses…
8 Jun 2021, Kuala Lumpur: YB Khairy Jamaluddin hari ini meninjau operasi pertama program vaksinasi bergerak di PPR Kg Muhibbah yang melibatkan lebih kurang 1,000 orang penduduk.
path: downloads