Pengenalan

Peranan utama Unit Komunikasi Korporat adalah sebagai focus point Kementerian dalam penyampaian dan penyaluran maklumat, peningkatan imej korporat Kementerian, perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan.

Pengurusan Pemegang Taruh

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pemegang taruh (pengurusan, pihak awam, media dll) melalui penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang berkesan.

Komunikasi Strategik

  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan komunikasi strategik berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak; dan
  • Menyediakan bahan dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan, rakaman foto dan video.

Pengurusan Pelanggan

  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai kementerian diselaraskan dengan lancar dan berkesan; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.
Fungsi dan Tanggungjawab ukk 4

Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

  • Memantau isu-isu/ maklumbalas mengenai Kementerian melalui akhbar-akhbar serta internet dan membuat keratan akhbar kepada isu-isu, merekod dan mengedarkan untuk makluman pihak pengurusan setiap hari;
  • Mengambil tindakan awal ke atas aduan/ maklumbalas yang diterima dalam tempoh tidak melebihi tiga hari bekerja;
  • Memantau isu kandungan maklumat di ruangan highlights Portal Kementerian sentiasa dikemaskini seminggu sekali;
  • Menyelaraskan kompilasi senarai aktiviti tahunan Kementerian setiap awal tahun (bulan Januari);dan
  • Memastikan plan promosi / publisti Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan
carta ukk