Pusat Nanoteknologi Kebangsaan

Pengenalan

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan) telah ditubuhkan pada 13 Januari 2010 dan mula beroperasi secara rasmi pada Julai 2010 sebagai satu bahagian di bawah MOSTI. NNC bertindak sebagai pusat rujukan nasional bagi penyelarasan aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta ke semua aktiviti berkaitan nanoteknologi di Malaysia. NNC juga turut memainkan peranan meningkatkan tahap kesedaran sains dan teknologi dengan menyediakan persekitaran yang menggalakan aktiviti reka cipta, inovasi dan pembangunan teknologi di kalangan masyarakat dalam bidang nanoteknologi.

Fungsi

  • Membangunkan keupayaan dan kapasiti negara melalui pembangunan dasar, infrastruktur, kemudahan dan pendidikan awal dalam bidang nano dalam usaha membangunkan modal insan;
  • Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R,D&C) yang menyumbang kepada aspirasi strategik negara;
  • Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan industri berasaskan nanoteknologi sebagai sumber perkembangan ekonomi; dan
  • Membantu dalam pembangunan ekosistem nanoteknologi yang melibatkan pihak industri, produk dan rantaian nilai di Malaysia.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2010, NNC menerusi tiga (3) seksyen utamanya iaitu Seksyen Korporat, Promosi dan Pembudayaan (KPP), Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi/Produk (PPTP) dan Seksyen Pembangunan Regulatori dan Standards (PRS) giat menjalankan pelbagai aktiviti R&D, regulatori dan pembudayaan bagi tujuan pembangunan dasar, infrastruktur dan pendidikan awal dalam bidang nano. Berikut merupakan beberapa program/aktiviti utama NNC mengikut 3 seksyen tersebut:

A. Seksyen Korporat, Promosi dan Pembudayaan:

1. Program Nano Kebangsaan (NanoKEB)
2. Program Kesedaran Nanoteknologi
3. Pertandingan Adiwira
4. Pertandingan Penulisan Esei Nanoteknologi (PENT)
5. Aplikasi Mobile Nano VR
6. Kuiz Nano

B. Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi/Produk

1. Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (NNLN)
2. Pembangunan Dasar & Strategi Nanoteknologi Kebangsaan (NNPS) 2021-2030

C. Seksyen Pembangunan Regulatori dan Stardards

1. Kajian Membangunkan Penanda Aras Bagi Risiko Keselamatan Produk Berasaskan Bahan Nano

 

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C7, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62662 Putrajaya, MALAYSIA

Tel       : (+603) 8885 8661

E-mel   : nanokebangsaan@mosti.gov.my

Direktori Kakitangan NNC

 

Skip to content